Tuesday

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gambar Yang Baik

Bukan sekadar mengambil gambar tetapi buat gambar itu.

Teknologi 'Point-And-Shoot' telah memberikan kemudahan dan perkembangan dimana sesiapa sahaja yang mahu mengambil gambar yang di fokus dan didedahkan dengan baik untuk menumpukan perhatian terhadap aspek kehalusan seni .

Cabaran yang sebenar dalam menghasilkan sesuatu gambar yang baik adalah dengan mengawal bagaimana kamu mahu subjek itu kelihatan dan apakah perasaan dan jiwa orang yang melihat.Ini semua boleh dihasilkan melalui komposisi - hubungan antara unsur di dalam setiap gambar menggunakan 'frame'

Kamu tahu kan bagaimana rasa nya bila mendapatkan gambar dengan hasil yang sangat cantik dan memuaskan? Jadi, ikut lah titik garis yang kami berikan ini dan kamu akan melihat gambar dari 'viewfinder' kamu dari sudut ang berbeza selepas ini. Tetapi, jangan lupa untuk mempraktikkan apa yang diberi untuk mendapatkan hasil yang baik dari hari ke hari.

Oh ya, anda juga boleh mengambil beberapa minit masa anda untuk mengubah 'props' yang ada juga komposisi yang lebih baik untuk hasil yang terbaik.

Fokus pada objek yang baik :
Jangan terlalu banyak kan objek atau subjek didalam camera ada. Monumen tambahan akan membuat orang yang melihat keliru dengan subjek sebenar yang ingin di tonjolkan.Perkuatkan gambar anda dengan menepikan objek-objek tidak penting yang boleh menggangu fokus mereka yang melihat.
Berkongsi Inspirasi:
"Snow has the amazing ability to simplify a landscape. 
I was struck at how the two trees stood out from the snow and winter sky."
— Andrew, Austin, TX
Rule Of Third :
Salah satu kesalahan yang biasa dilaku kan oleh fotografer amatur adalah meletakkan subjek yang difokus di tengah tengah frame.Ini akan membuatkan gambar kelihatan bosan dan statik. Di sebabkan itu lah, salah satu guideline yang popular didalam fotografi dan juga lukisan adalah Rule Of Third.
Sekarang, cuba anda bayangkan permainan 'Tic-Tac-Toe' pada 'viewfinder' anda dan letakkan subjek didalam satu garis atau pada satu persimpangan. Sekiranya subjek telah mengisi hampir keseluruhan frame, posisi kan focal point (seperti smoldering eyes) di satu persimpangan.
Dengan landskap, kekalkan garis melintang sepanjang 'lower third' untuk memberikan perasaan kelapangan.kekalkan garis melintang sepanjang 'upper third' untuk memberikan perasaan yang lebih intim atau rapat.
 


Berkongsi Inspirasi:  
"Positioning the horizon line along the upper third reveals 
the dramatic play of light and shadow
on the grassy foreground." — Wendy, Scotland

p.s ; akan datang dgn info yang lain. tunggu :) 

No comments:

Post a Comment