Seperti yang sedia maklum, AF Academy sering mengadakan kelas pelajaran asas bagi pelajar. Setelah sambutan dan feedback yang menggalakkan, kini komuniti ini telah berkembang dan semakin ramai dengan sokongan daripada semua. AF telah mengeluarkan t-shirt bagi pelajar dan wajib memakai nya setiap kali kelas. Dengan cara ini juga, komuniti ini dapat berkembang. Salah satu cara lagi, mungkin komuniti ini boleh atau harus mengeluarkan produk lain. Contoh nya, badge, bag atau topi. Dari sini, komuniti ini akan dapat saluran separuh kewangan pembelian dan dapat menderma kepada rumah-rumah kebajikan seperti yang dirancangkan.
Mungkin juga, komuniti ini harus memperbanyakkan aktiviti 'outing' beramai-ramai untuk memeriahkan lagi kelas dan juga merapatkan hubungan sesama pelajar. Ini pendapat kami.
Apa pendapat anda pula? Suarakan. Anda berhak bersuara. Idea-idea bernas diperlukan dan kami amat menghargainya