Monday

AF Academy Contest @ Putrajaya

Baru- baru ini AF telah menganjurkan satu pertandingan di Putrajaya dimana lebih kurang 25 peserta yang hadir. Terdapat 2 kategori. Iaitu kategori A dimana para peserta diminta untuk mengambil gambar scenery yang menunjukkan keindahan Putrajaya. Kategori B pula meminta supaya para peserta mengambil gambar bersama pasangan masing masing yang bertemakan Street Candid.

Tetapi, setelah beberapa minit kemudian AF telah membuat pengumuman dimana kami semua boleh menaiki bas tour yang memakan masa 2jam dengan hanya membayar RM1. Haa. Disini para peserta sudah dapat mengurangkan tenaga dan minyak. Hehe. Setelah semua pun bersetuju , seorang wakil pelajar membuat kutipan wang RM1 itu. Dah macam rombongan sekolah. Tetapi memang sangat menyeronokkan, sebab dapat dgr pakcik SAM =Salleh Anak Malaysia memberikan informasi tentang Putrajaya yang dimana selama ini ramai diantara kita tidak tahu. Jadi kami dapat 2 pengalam dalam masa satu hari. Untung memang untung :)

Disini terdapat beberapa gambar sepanjang sesi pertandingan. Cekidaut!

 hah, pilih-pilih! mana satu korang mau :P

 salah seorang pelajar, Firdaus :)

 Sesi pemilihan foto terbaik. Debar-debar semua nih. HAHA

 Gambar kenangan semua pelajar aka peserta (ada yang dah balik)
Ini adalah mereka-mereka yang mendapat tempat 1,2,3 bagi kedua-dua kategori.
Yang baju hitam tuh lah SIFU kami :)

Ini baru sedikit yang diberikan oleh sifu kami. Memang untung siapa yang join komuniti ini

P.s ; Hadiah sponsored by Ahmad Fairus aka Sifu :)

3 comments: